Apa itu senaman kegel?

          Lame xon9 . Rindu plak nk taep2 kat blog neyh . Haa . Yuyu nk kongsi tips tentang senaman kegel lah ! Mungkin ramai yang tak biasa dengar tentang "senaman kegel" @ dlm bahasa kasarnya adalah senaman kemutan . Senaman neyh sememangnya biasa dilakukan sebagai rutin antara kita sedar ataupun tidak . Banyak kepentingan yang dapat diatasi dengan senaman ini . Antaranya adalah untuk membantu penyembuhan luka episiotomi dengan lebih cepat , mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvic . Luka episiotomi adalah luka akibat pengguntingan kulit dan otot antara vagina dan anus . Proses ini adalah bertujuan untuk melebarkan jalan lahir . Proses ini amat ditakuti oleh ibu-ibu mengandung kerana ia amat menyakitkan . Selepas episiotomi, loka akan dipulihkan melalui jahitan .

          Ramai para ibu risau dengan keadaan dimana selepas kelahiran , vagina longgar dan mengembang seterusnya bimbang jika dibiarkan berlarutan , ianya akan mempengaruhi hubungan dengan si suami dan akan menjejaskan rumahtangga mereka . Banyak cara untuk mengetatkan kembali vagina dalam kaedah trasional ataupun moden . Antaranya seperti dengan bertungku , berurut , bertangas , sauna dan senaman sendiri .

          Rawatan melalui kaedah tradisional sememangnya dipercayai bagus untuk dalaman badan kita selain badan kita boleh "pakai lama" . Ramai wanita sekarang amat mementingkan kecantikan luaran sehingga lupa akan kecantikan dalaman yang harus dijaga supaya tidak memudaratkan kita pada masa akan datang . Melalui kaedah tradisonal , kita mestila bertungku selain berbengkung untuk melancarkan peredaran darah dan membantu urat kita dari masuk angin . Selain itu , penggunaan sirih juga amat baik untuk mengelakkan keputihan dan bau . Khasiat sirih dipercayai dapat membunuh bakteria yang menyebabkan keputihan dan juga kegatalan . Kaedah ini bukan hanya untuk ibu yang sedang berpantang bahkan untuk remaja dan wanita diluar sana yang menghadapi masalah sperti ini .

          Berbalik pula pada topik asal kita iaitu mengenai senaman kegel . Ia amat penting untuk ibu selepas bersalin . Caranya amat mudah :-


1st
     Kemutkan otot pelvic (spt mahu tahan kencing @ tarik nafas)
2nd
     Tahan selama yang mampu
3rd  
     Lepas perlahan-lahan seperti membuang nafas 

Jangan kecutkan otot punggung dan juga otot perut . Jadikan senaman ini sebagai rutin kerana ianya boleh dilakukan dimana sahaja .

Kalu nak taw lebeyh lanjut boleh la klik kat link yu kat bawah neyh . Untuk ibu yang menghadapi masalah seperti diatas bolehla try tips neyh kan . Bukan susah pun . Pejam mata pun boleh buat kan . Tak perlu berhabis duit . Free aje . hee . okla daaa :)

Sumber : http://pama.karangkraf.com/famili/merapatkan-kembali-bahagian-intim-1.33463

NO COPYRIGHT . HAK MILIK YUYUYANA SAHAJA