Ombak Rindu adaptasi film plak

Hari ne 1st day tayangan movie "ambak rindu" - Osman Ali
tak sabar yuyu nak tengok cerita ne
memang sesuai sangat gandingan Aaron dengan Maya ! ngetop gitu
Teraju Utama :
Izzah - Maya Karin
Hariz - Aaron Aziz
Mila Amylia - Lisa Surihani

adaptasi dari novel popular "ombak rindu" karya fauziah ashari (alaf 21)
novel ne adalah antara novel paling hangat waktu sekolah dulu selain novel manisnya cinta .

okeyh . bace sikit sinopsis cerita ni . 
mungkin ada yang tak pernah terbaca novel ne kan . 

Novel ne mengisahkan tentang kisah cinta antara Izzah (lakonan Maya Karin) dan Hariz (lakonan Aaron Aziz) dan liku-liku kehidupan yang dilalui oleh Izzah . Izzah anak yatim piatu sejak berusia 13 tahun . Dia kehilangan ibu bapanya yang meninggal kerana kemalangan jalan raya . Dia kemudiannya dijaga oleh bapa saudaranya dan isteri iatu Pak Cik Taha dan Mak Cik Hajar . Bermula disitulah duka dan perit kehidupan yang dialami oleh Izzah . Sejak itu dia kehilangan kegembiraan seusia remajanya . Dia hampir diperkosa oleh Pak Cik Taha dan telah diselamatkan oleh Mail . Tapi malangnya, Izzah terlalu takut akan Pak Cik Taha, beliau telah menuduh Mail yang ingin memperkosanya . Dengan itu, Mail telah membawa diri kerana malu . Izzah juga diibarat seperti orang gaji dirumah Pak Cik Taha . Dialah yang memasak, mengemas rumah dan sebagainya . Tapi dia hanya diberi sisa Pak Cik Taha dan Mak Cik Hajar , Pak Cik Taha yang mempunyai hutang keliling pinggang itu ingin menjual Izzah kepada tauke di kelab malam untuk melunaskan hutangnya keliling pinggang . Mak Cik Hajar yang sememangnya tidak menyukai Izzah setuju dengan tindakan Pak Cik Taha . Izzah yang ketika itu bekerja di sebuah kilang sementara menunggu keputusan Spm nya telah dipaksa berhenti . 
Izzah dipaksa ke bekerja di kelab malam dan pada satu hari Izzah dipaksa minum arak oleh Kevin dan Pak Cik Taha sehingga dia tidak sedarkan diri . Izzah tersedar dan terkejut apabila menyedari yang dia telah diperkosa dan terkejut bila melihat Hariz terbaring lena disebelahnya . Izzah menangis dan meminta Hariz membawanya keluar dari situ . Hariz telah membeli Izzah dari Kevin dan ingin jadikan Izzah sebagai perempuan simpanannya . Izzah meminta supaya dikahwini agar hubungan yang terjadi halal . Rentetan itu bermulalah kehidupan duka Izzah . Dia dilayan umpama pelacur . Disepak, ditendang itu adalah makanan Izzah . Hariz tidak pernah kesal dan mengasihani Izzah . Tetapi tidak bagi Izzah . Izzah tidak pernah membantah bahkan menurut segala arahan Hariz , seorang wanita yang lemah lembut dan tahu siapa dirinya dimata Hariz . Lama kelamaan bibit-bibit cinta hadir antara mereka .
Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan adalah seorang wanita cantik yang juga model dan pelakon terkenal yang berkelulusan di luar negara . Dia telah dipilih sebagai menantu Datuk Sufiah , ibu Hariz . Baliknya dia dari luar negara, dia telah ditunangkan dengan Hariz . Biarpun begitu Hariz tidak menyintai Mila kerana dihatinya hanya ada Izzah dan menyedari dia sudah mula menyintai Izzah .
Tetapi, adakah Datuk Sufiah menerima Izzah setelah mengetahui Izzah adalah isteri Hariz yang sebenarnya ? 
Adakah Hariz akan mengahwini Mila walaupun dihatinya ada Izzah seorang ?
Siapakah Hariz dengan Pak Dollah iaitu pemandu Hariz ?
Apa balasan yang diterima Pak Cik Taha dan Mak Cik Hajar ? 
So, korang kenala tengok filem Ombak Rindu arahan Osman Ali ataupun baca novelnya la yeee .
Da penat yu nak bercerita . ok la . Harap2 cerita arahan Osman Ali adaptasi dari novel hanhat dan mendapat sambutan seperti Lagenda Budak Setan jugak la ye . Asek tengok cerita orang putih jerw . support la filem tanah air ktew ne ,




No comments:

NO COPYRIGHT . HAK MILIK YUYUYANA SAHAJA